Susulan ancaman varian Omicron.

Belum ada kepastian untuk menutup Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi, VTL darat Singapura-Malaysia.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia perlu mengambil masa dua minggu ke sebulan untuk melihat kesan varian itu terhadap VTL darat Singapura-Malaysia.

Hasil pertemuan dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan hari ini, belum ada gambaran varian itu menganggu kelancaran sistem VTL yang bermula sejak 29 November lalu.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Johorpay dan Sistem Pemantauan Projek di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini