Juara dunia F1, Max Verstappen dilaporkan bakal menerima tawaran lumayan untuk menyambung kontrak jangka panjang bersama pasukannya, Red Bull. Sebelum ini, kontrak semasa pemandu kelahiran Belanda tersebut dijangka berakhir pada musim 2023.

Media di Belanda memaklumkan, Verstappen bakal menyambung kontrak baharu tersebut untuk tempoh 4 atau 5 tahun lagi. Pemandu berusia 24 tahun itu bakal menerima pendapatan 40 hingga 50 juta euro setahun, sekali gus menjadikannya antara pelumba F-One termahal di dunia.

Pada musim lalu, Verstappen bersaing sengit dengan pencabarnya dari Mercedes, Lewis Hamilton sebelum merangkul gelaran dunia sulung pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi. Saingan F1 musim 2022 pula akan membuka tirai di GP Bahrain pada 20 Mac ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini