Seorang anggota veteran Perang Dunia Kedua meraikan ulang tahun kelahiran ke-96 dengan memecah rekod sendiri untuk kali ketiga berturut-turut.Ray Woolley, yang meraikan hari lahir pada 28 Ogos lalu, menyelam sedalam 42.4 meter.Kedalaman itu menyamai ketinggian bangunan 15 tingkat.Woolley menyelam selama 48 minit di perairan Larnaca, Cyprus dengan ditemani 47 penyelam lain.Acara itu dianjurkan majlis perbandaran dan lembaga pelancongan Larnaca.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini