Victoria di Australia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 paling rendah sejak awal bulan ini iaitu dengan 1,355 kes baharu.

Kali terakhir Victoria melaporkan kes serendah itu pada 2 Oktober lepas.

1,355 kes baharu dikesan dan 11 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Lebih 92 peratus penduduk berumur 16 tahun ke atas telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala hampir 80 peratus daripada golongan tersebut telah lengkap menerima dua dos suntikan.

Sementara itu, tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di New South Wales dengan 236 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini