Setiap kali sambutan Deepavali, kebanyakan tempat tumpuan pengunjung akan menghasilkan Ranggoli sebagai pameran.

Ranggoli merupakan perhiasan yang dihasilkan menggunakan bijirin atau beras yang sudah diwarnakan yang memiliki maksud sosial, kerohanian dan juga merupakan sebuah simbolik.

Tular baru-baru ini video seekor kucing yang nakal merosakkan dekorasi Ranggoli di sebuah terminal bas. Kucing tersebut dilihat sedang meniti di atas hiasan beras warna warni itu selain turut menguisnya.

Meski penghadang sudah diletakkan, namun warganet melemparkan komen ianya hanya untuk menghalang manusia bukan haiwan comel ini. Klip tersebut tular di laman Tiktok dengan jumlah melebihi 400,000 tontonan dan lebih 37,000 tanda suka.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini