Siasatan kes penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri dilakukan secara profesional dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) polis. Demikian menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk mengenai kesahihan video itu dan meminta pihaknya diberi ruang dan masa untuk menjalankan siasatan. Ujarnya, proses untuk memastikan ketulenan video itu akan mengambil masa dan pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan apabila selesai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini