Bekas ahli parlimen Australia, John Barilaro berpuas hati selepas Mahkamah mengarahkan Google membayarnya 515,000 dolar Amerika. Ia berikutan kegagalan pihak defendan untuk menurunkan video dimuat naik di Youtube, yang mengakibatkan Barilaro terkeluar dari arena politik.

Mahkamah persekutuan mendapati Syarikat Alphabet Inc, pemilik laman web yang berkongsi kandungan dengan Youtube menjana pendapatan dengan menyiarkan dua video yang menyerang bekas Timbalan Pemimpin New South Wales.

Video berkenaan meraih 800,000 tontonan sejak penghujung 2020. Barilaro ketika ditemui berkata, ia bukanlah mengenai wang pampasan. Sebaliknya, permohonan maaf dan penurunan video sensasi terbabit yang dituntut.

Namun, ia tidak lagi bermakna selepas kempen itu sudah pun berakhir. Jurucakap Google bagaimanapun belum memberi sebarang ulasan mengenai keputusan kes berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini