Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengesahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima laporan qazaf berhubung penularan satu video lucah seorang lelaki dengan individu yang dikatakan mirip seorang menteri kanan. Katanya, JAWI akan meneliti aduan tersebut mengikut bidang kuasa mereka namun, siasatan masih di peringkat awal untuk mengenalpasti lokasi kesalahan dilakukan. Mengikut undang-undang Islam, ia tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri berkenaan untuk mengambil tindakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini