Vietnam secara rasmi membatalkan penganjuran temasya sukan para ASEAN edisi ke-11.

Alasan yang diberikan Persatuan Paralimpik Vietnam – VPA adalah kebimbangan kesihatan dan kesukaran membawa masuk peralatan teknikal akibat ancaman COVID-19.

Ini sekaligus menyaksikan ia pembatalan Sukan Para ASEAN kali kedua selepas Filipina membuat keputusan sama.

Bagaimanapun Presiden VPA, Huynh Vinh Ai melalui surat rasmi berkata, pihak kerajaan Vietnam akan tetap meneruskan Sukan SEA ke-31 dengan menunda tarikh temasya itu ke suku kedua 2022.

Menurut Huynh, kesukaran membawa masuk peralatan teknikal dan khusus untuk atlet para dan komuniti orang kurang upaya menjadi antara halangan untuk mereruskan kejohanan itu.

Kali terakhir Vietnam menganjurkan sukan para ASEAN adalah semasa 2003, dengan hanya 5 jenis sukan dipertandingkan.

Negara itu sepatutnya menjadi tuan rumah kepada 11 jenis sukan tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini