Vietnam mendakwa berjaya menghasilkan vaksin untuk mencegah penyakit demam babi afrika (ASF).

Lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), vaksin NAVET-ASFVAC itu dihasilkan oleh National Veterinary Joint Stock Company (NAVETCO) .

Ia dijangka berharga antara 34,000 dong  hingga 36,000 dong setiap dos (RM6,47-RM6.84).

Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Phung Duc Tien berkata, meskipun lebih 4,000 kajian berkaitan virus dan pembangunan vaksin oleh saintis telah diterbitkan, belum ada vaksin komersial terhadap penyakit itu di dunia setakat ini.

Oleh itu katanya, potensi untuk mengeksport vaksin yang dihasilkan di Vietnam adalah besar.

Sehingga kini, tiada negara di dunia mengumumkan kejayaan pengeluaran vaksin komersial terhadap penyakit berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini