Sukan SEA Vietnam 2021 sah akan dianjurkan pada 12 hingga 23 Mei tahun hadapan. Perkara itu dimaklumkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria melalui laman sosial peribadi beliau. Pengumuman itu sekaligus menamatkan penantian tarikh sebenar kejohanan yang sepatutnya diumumkan Vietnam pada penghujung Oktober lalu.

Vietnam pada Julai lalu memutuskan untuk menunda pengajuran Sukan SEA yang sepatutnya diadakan pada hujung tahun ini. Ia berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19 yang dihadapi negara itu.

Untuk rekod, 8 daripada 11 negara Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebelum ini membantah cadangan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Vietnam 2021 untuk menunda temasya itu ke tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini