Vietnam dan empat negara lain terpilih untuk menjadi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Ia untuk tempoh 2020 sehingga 2021 menyaksikan Vietnam mendapat sokongan hampir sebulat suara iaitu sebanyak 192 berbanding 193. Ia lebih tinggi ketika pemilihan pertama negara itu pada penggal 2008-2009 sebanyak 183 undi. Negara kedua ialah Nigeria dan Tunisa, masing-masing 190 undi, diikuti St. Vincent dan Grenadines serta Estonia. Timbalan Menteri Luar Vietnam, Le Hoai Trung dalam reaksinya berkata, negara telah menggunakan semua sumber untuk melobi keanggotaan dan negara anggota percaya Vietnam adalah sebuah negara bertanggungjawab dan berkemampuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini