Umum mengetahui, Vin Diesel mempunyai hubungan akrab bersama rakan selebriti, mendiang Paul Walker yang meninggal akibat kemalangan beberapa tahun lalu. Meskipun Paul Walker sudah lama pergi meninggal dunia, persahabatan mereka berdua masih lagi kekal utuh sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Vin Diesel hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Walker bersama dengan pelakon Louis Thornton-Allan.

Lebih menyentuh hati, Vin Diesel dilihat ‘menggantikan’ tugas mendiang sahabat karibnya apabila dia mengiringi Meadow pada hari perkahwinannya. Khabar gembira ini dikongsikan oleh Meadow sendiri di laman Instagram miliknya dan berjaya meraih jutaan tontonan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini