Bintang Real Madrid, Vinicius Junior dilabel sebagai pemain paling berharga di dunia ketika ini dalam satu kaji selidik yang dilakukan satu badan bebas.

Badan tersebut iaitu Pemerhati Bola Sepak CIES melakukan kajian dengan mengumpul data keseluruhan setiap pemain berdasarkan prestasi mereka di atas padang, termasuk faktor tambahan seperti reputasi kelab, umur dan tempoh kontrak.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada awal tahun ini, Vinicius muncul pemain yang mengumpul mata tertinggi.

Pemain sayap Brazil berusia 21 tahun itu kini dianggarkan bernilai 138.5 juta pound berdasarkan formula yang digunakan oleh CIES.

Nilainya itu telah mengatasi perancang Manchester City, Phil Foden (127 juta pound) di tempat kedua dan penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland (119 juta pound) di kedudukan ketiga.

Pemain Manchester United, Mason Greenwood di tangga keempat dengan nilai 111.75 juta pound manakala bintang PSG, Kylian Mbappe serta penyerang Liverpool, Mohamed Salah pula masing-masing dianggarkan bernilai 60 juta dan 55 juta pound.

Dalam kajian pada Jun tahun lalu, Foden muncul pemain paling bernilai mengatasi Greenwood dan Marcus Rashford.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini