Langkah drastik yang dilakukan selama enam minggu bagi memerangi wabak Ebola di Republik Congo mula membuahkan hasil apabila terdapat pengurangan yang ketara dalam kes-kes baru. Pengarah Program Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, Michael Ryan, mengatakan ; usaha keras perlu diteruskan untuk memastikan keadaan yang semakin pulih , dapat dikekalkan. Virus Ebola ini boleh merebak semula dan ia akan mengganggu operasi di lapangan . WHO menyatakan, sehingga kini 2,025 kes termasuk 1,357 kematian telah dilaporkan. WHO berjaya memperlahankan penularan wabak Ebola pada awal bulan lalu. Lebih 95-ribu penduduk telah menerima suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih buruk. Wabak berkenaan berlaku sejak Ogos tahun lalu dan terburuk dalam sejarah .Wabak itu adalah yang terburuk di Afrika Barat sejak tahun 2014 yang meragut lebih 10,000 nyawa di Guinea, Liberia dan Sierra Leone. Virus penyakit Ebola mengambil sempena nama Sungai Ebola di Republik Congo , iaitu lokasi pertama ia dikesan pada tahun 1974.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini