Perkhidmatan elektronik untuk permohonan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi, dilancarkan.

Menerusinya, visa umrah akan dikeluarkan hanya dalam tempoh 24 jam.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, berkata Wawasan 2030 Arab Saudi antara lain bermatlamat memudahkan penerimaan bilangan jemaah umrah yang lebih ramai.

Sementara itu di Jeddah, pendaftaran jemaah domestik untuk ibadah haji tahun ini turut diumumkan, bermula hari ini hingga 11 Jun depan.

Bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, rakyat dan penduduk di Arab Saudi yang berumur bawah 65 tahun dikehendaki lengkap tiga dos vaksin COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini