Pelancaran Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November ini mampu memulihkan kembali industri penerbangan yang sekian lama terkesan akibat COVID-19.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pengumuman VTL melegakan Keluarga Malaysia khususnya mereka yang terlibat dalam industri seperti kru penerbangan dan petugas di lapangan terbang.

Melalui VTL, pelancong yang menerima vaksinasi lengkap akan dapat melakukan perjalanan antara Malaysia dengan Singapura, tertakluk kepada ujian saringan COVID-19.

Beliau berharap, SOP seperti kuarantin wajib atau kuarantin kendiri di rumah dilonggarkan memandangkan kemajuan ketara telah dicapai oleh kedua-dua negara dalam pemberian vaksin dan pengurusan pandemik COVID-19.

Dalam masa sama, Datuk Seri Dr Wee berkata, penerbangan ke negara-negara rakan ASEAN yang lain juga kini dalam perbincangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini