Malaysia menerima keputusan ditetapkan Singapura berhubung kuota Perjalanan Lengkap Vaksin, VTL darat dan udara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan penambahan bilangan kuota kerana memahami keperluan pengembara, terutama melibatkan musim perayaan.

Beliau berkata, penentuan sama ada kapasiti semasa perlu ditambah atau sebaliknya juga diserahkan kepada agensi kesihatan kedua-dua negara. VTL darat yang disambung semula semalam hanya peruntukan 50 peratus kapasiti berbanding kira-kira 1,500 pengembara setiap hari, seperti jadual asal. 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya di  Batu Pahat, Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut mengingatkan semua pengembara agar memohon permit sebelum dan selepas membeli tiket untuk menikmati inisiatif VTL.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini