Malaysia sedia berunding dengan Britain mengenai laluan perjalanan vaksinasi VTL bagi pengembara dari UK ke Malaysia tanpa menjalani tempoh kuarantin wajib.

Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas pertemuan dengan Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss.

Khairy turut menjelaskan kepada Truss mengenai harapan Malaysia supaya UK memberi kemudahan kepada pengembara Malaysia yang menerima vaksin Sinovac untuk masuk ke negara itu tanpa perlu melalui tempoh kuarantin. 

Jelasnya ada khabar gembira dari Britain yang akan diumumkan nanti mengenai perkara berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini