Keputusan sama ada inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Malaysia-Singapura terus ditangguh atau kembali beroperasi, akan ditentukan dalam tempoh 48 jam sebelum tamat tarikh penangguhan, 21 Januari depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sekiranya VTL udara kembali diteruskan pada tarikh tersebut, jumlah jualan tiket penerbangan berkemungkinan dikurangkan hingga 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

Keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada kerajaan Singapura yang akan membuat penilaian situasi semasa COVID-19 di republik berkenaan susulan penularan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini