Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang,termasuk membabitkan kematian disebabkan demam campak. Berdasarkan ujian makmal, 37 daripada 112 kes di kawasan terbabit positif menghidap wabak berkenaan. Manakala ujian makmal lain seperti untuk Tibi dan Kencing Tikus adalah negatif. Setakat ini 15 orang asli meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan yang terbaru seorang kanak-kanak berusia 3 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini