Empat lagi mayat Orang Asli suku kaum Batek ditemukan dalam operasi mengesan 12 mayat orang asli yang dipercayai mati akibat wabak penyakit di perkampungan Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan, lapan mayat ditemukan, setakat hari ke-2 operasi, yang diperluas ke kawasan pendalaman hutan dan sungai. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, pihaknya belum dapat mengesahkan jantina mayat yang ditemukan. Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan operasi di Gua Musang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini