Kes jangkitan wabak selesema burung yang teruk dilaporkan berlaku di Eropah dan Asia sejak beberapa hari lalu.

Situasi itu menunjukkan penularan virus tersebut semakin merebak dan jika tidak terkawal boleh menyebabkan pandemik.

Ia menyaksikan industri penternakan berada di fasa berjaga-jaga selepas penularan sebelum ini menyebabkan puluhan juta haiwan ternakan seperti ayam terpaksa dibunuh, selain menjejaskan aktiviti perdagangan.

Menurut Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE), selesema burung juga mendapat perhatian pakar epidemiologi selepas virus itu boleh menjangkiti manusia.

Penularan wabak kebiasaannya berlaku pada musim luruh dan disebarkan oleh burung liar menerusi proses penghijrahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini