Pelari menara negara, Soh Wai Ching sekali lagi mengharumkan nama negara di persada dunia.

Dia memenangi acara Half Marathon di Kejuaraan Dunia Spartan 2021 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Atlet berusia 27 tahun itu berjaya mengatasi cabaran cuaca panas terik di kawasan gurun sejauh 24 kilometer untuk menjuarai kategori Spartan Trail Half Marathon dengan masa 3 jam 2 minit 56 saat.

Wai Ching sebelum ini mencipta sensasi apabila melakar beberapa rekod dunia baharu dalam acara larian menara termasuk menawan 86 tingkat bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat Oktober lalu.

Dia kini dalam misi melakukan pendakian tangga menara tertinggi di dunia, iaitu bangunan Burj Khalifa di Dubai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini