Sikap prihatin dalam kalangan pewakaf harus dicontohi dan disuburkan masyarakat. Sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meringankan beban mereka yang menderita penyakit buah pinggang khususnya golongan asnaf di Perlis, tanpa mengira latar belakang bangsa dan juga agama.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sememangnya telah merancang bagi membina bangunan dialisis yang mampu memberi manfaat khususnya kepada pesakit buah pinggang. 

Setelah kajian dan semakan dilakukan, Kementerian Kesihatan, didapati mempunyai lebih kepakaran dan kemampuan dalam menguruskan pusat ini. Titah baginda lagi, atas kepakaran itu juga, MAIPs telah melakukan tindakan kolaboratif dan strategik bersama KKM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini