Skuad kebangsaan Wales melakar sejarah baharu dalam arena sukan bolasepak dunia apabila berjaya layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Ukraine 1-0 di Cardiff, awal pagi tadi. Ia merupakan kejayaan pertama mereka menjejakkan kaki ke pentas tertinggi saingan bola sepak itu sejak tahun 1958.

Pengendali Wales, Rob Page berkata ia adalah keputusan terhebat dalam sejarah bola sepak mereka kerana sudah lama tidak beraksi di Piala Dunia sambil memuji aksi kaptennya, Gareth Bale yang sentiasa menyumbang kepada pasukan.

Walaupun pelawat lebih mendominasi perlawanan di Stadium Cardiff City, nasib tidak menyebelahi Ukraine yang dikendali Oleksandr Petrakov untuk merebut tiket ke Qatar tahun ini.

Ditambah pula dengan kecemerlangan penjaga gol Wales, Wayne Hennessey yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Ukraine. Jaringan sendiri kapten pelawat, Andriy Yarmolenko pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk memberi kemenangan buat Wales.

Berdasarkan undian, Wales bakal ditempatkan dalam kumpulan B bersama England, Amerika Syarikat dan Iran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini