Keputusan sama ada untuk membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara jumpa terus atau ‘walk-in’ akan ditentukan hari ini.

Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) yang dipengerusinya petang ini.

Jelasnya pilihan ‘walk-in’ itu mungkin juga akan ditawarkan kepada mereka yang belum menerima suntikan vaksin.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Malaysia sebagai Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena InsigHT2021 di Kuala Lumpur.

Khamis lalu, Khairy mengumumkan sebanyak 40 peratus golongan sasaran yang diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaskin COVID-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.

Situasi berkenaan menimbulkan kebimbangan kerana kemungkinan jumlah kemasukan pesakit ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini