RM34 juta bagi Bantuan Wang Ihsan, BWI, telah diagihkan kepada 34,000 Ketua Isi Rumah di negeri-negeri terjejas banjir, setakatĀ  semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada penduduk terjejas banjir perlu dipermudah dan disegerakan.

Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali  memutuskan, BWI akan dilaksanakan menerusi serahan tunai.

Keperluan itu bagi memastikan penduduk terjejas banjir segera menerima bantuan.

Terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana, serahan tunai rumah ke rumah, dan pemindahan tunai secara dalam talian. 

Tiga kaedah berkenaan akan mempermudahkan urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas.

Bantuan berkenaan  mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU Jabatan Perdana Menteri.

Dan usaha untuk mengesan penduduk terjejas yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU Jabatan Perdana Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini