Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tiada kehilangan wang berjumlah 19.4 bilion ringgit daripada hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata keterangan 10 saksi prosiding mendapati hasil cukai tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST.Sebaliknya, wang itu digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.Kerajaan sebelum ini didapati terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini