Seorang pengunjung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu cedera selepas dihempap dahan pokok rhu yang patah ketika sedang berehat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Roslina Mohamed, 50-an  dari Kuala Besut mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan. Ketika kejadian mangsa bersama anak lelakinya sedang berehat sementara menunggu menantu dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Menurut anak mangsa, Muhammad Shahrul Azlan Hassan, 25 tahun ketika kejadian mereka sedang berehat di sebuah bangku dan secara tiba-tiba dahan pokok rhu
patah dan menghempap ibunya.

Katanya, kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan ibunya tidak sempat mengelak dan menyelamatkan diri.

Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini