Aktivis wanita di Kabul hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah sikap masyarakat antarabangsa yang ‘membisu’ terhadap krisis di Afghanistan.

Lebih 10 wanita membahayakan nyawa mereka berhimpun susulan larangan Taliban mengadakan demonstrasi dan penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan sejak mengambil alih kuasa Ogos lalu.

Kumpulan penunjuk perasaan memegang  plakat yang antaranya tertera “Mengapa dunia melihat kita mati dalam diam?”

Terdapat juga aktivis yang memegang pelakat menuntut “hak untuk pendidikan” dan “hak untuk bekerja” sebelum pihak berkuasa Taliban menghalang media daripada mendekati wanita berkenaan.

Demonstrasi itu pada awalnya dirancang  diadakan berhampiran misi PBB di Afghanistan (UNAMA) namun ditukar ke pintu masuk bekas zon hijau yang pernah menempatkan kedutaan negara Barat.

Aktivis dan wartawan kemudiannya disuraikan anggota Taliban bersenjata yang dirakam turut merampas telefon bimbit milik seorang wartawan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini