Puluhan wanita Afghanistan menyertai tunjuk perasaan di Istana Presiden, Kabul, semalam.

Ini bagi menuntut hak mereka di bawah pemerintahan kerajaan Taliban.

Mereka menyatakan kesediaan untuk memakai burqa, hanya jika anak-anak perempuan mereka dibenarkan bersekolah.

Pemerintahan baharu juga perlu lari daripada sebarang unsur keganasan dan harus melaksanakan pemerintahan penuh toleransi termasuk mesra kepada wanita.

Meskipun Taliban telah cuba untuk memberi jaminan bakal mengamalkan pemerintahan yang lebih harmoni, namun kenyataan itu diragui warga Afghanistan dan Barat.

Ketika pemerintahan pertama Taliban dua dekad lalu, kaum wanita dan anak perempuan dilarang mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Pengumuman kerajaan baharu Afghanistan bawah pimpinan Taliban dijangka paling awal diumumkan,hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini