Penggunaan kad Touch N Go kini kian menyeluruh ke serata negara selari dengan arus pemodenan teknologi.

Siapa sangka syarikat terbabit pernah mengeluarkan produk kad tambah nilai tersebut menerusi seutas jam tangan.

Tular sebuah video seorang wanita yang membayar tol dengan hanya menyentuh jam miliknya pada mesin berkenaan.

Jam tersebut dijenamakan sebagai Time Traveller yang dikeluarkan sekitar tahun 2016 dengan harga RM239.

Namun, oleh kerana tidak mendapat banyak sambutan, pengeluaran jam tersebut dihentikan. Video tular ini mendapat 1.1 juta tontonan dan 65,000 tanda suka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini