Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya  mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) di Mentakab, Temerloh baru-baru ini.

Suspek 33 tahun itu, mendakwa  ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan, menyebabkan NGO tersebut memberi sumbangan kewangan,  termasuk bekalan makanan dan keperluan lain bernilai RM700.

Siasatan awal polis  mendapati alamat  digunakan oleh suspek serta rumah yang didakwa ditumpanginya tidak berpenghuni.

Semakan dengan ketua kampung juga mengesahkan wanita itu bukan mangsa banjir di kaawasan berkenaan.


Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini