Indah khabar dari rupa.

Itulah pepatah terbaik untuk menggambarkan nasib percutian seorang gadis eropah.

Desiree Baker, mengharapkan tempahan biliknya itu bakal menyajikan pemandangan cantik seperti yang tertera di laman tempahan.

Namun cukup mengejutkan Baker apabila bilik itu sebenarnya di dalam sebuah restoran.

Meskipun ia merupakan pengalaman yang aneh kepada wanita tersebut, dia dilihat menggunakan momen itu sebagai content unik untuk laman Tiktoknya.

Rata-rata netizen di ruangan komen meminta wanita itu untuk meminta wang pulangan kerana memaparkan iklan palsu.

Ada juga yang berseloroh, mengatakan wanita itu beruntung kerana hanya perlu ‘berjalan kaki’ untuk ke kedai makan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini