Istilah guna sampai rosak sesuai dengan video tular ini.

Siapa pernah melalui kejadian seperti ini? Mesti anda tiada pilihan lain kan.

Nasib yang sama dialami seorang wanita apabila dia ingin menggunakan seterika milik sepupunya untuk menggosok tudung.

Cukup mengejutkan apabila seterika itu tiada pemegang dan sedikit pecah atau bahasa pasarnya, dah nazak seterika tu.

Walaupun rupa bentuknya tidak lagi cantik, namun ia masih berfungsi dengan baik.

Warganet menghujani ruangan komen dan ada juga turut menyatakan keadaan seterika itu tidak selamat untuk digunakan kerana terdedah dengan arus elektrik.

Video lucu ini berjaya mendapat 105 ribu tontonan oleh pelayar di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini