Manakala di Ukraine, seorang wanita mempamerkan bakatnya dalam seni mengait benang iaitu menghasilkan pelbagai bentuk haiwan bersaiz sangat kecil.

Lucia Dolgopolova memberitahu dia menggunakan benang dan jarum kait khas yang cangkuknya bersaiz 0.34 milimeter. Kebanyakkan ciptaannya pula bersaiz kurang satu sentimeter.

Walaupun tampak rumit, Lucia berkata dia amat sukakan seni halus dan mengait adalah hobinya. Jelasnya, banyak percubaan dan kesilapan berlaku sebelum dia menjadi mahir seperti sekarang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini