Wanita lebih gemar guna platform e-dagang berbanding lelaki.
Dapatan itu menerusi Kajian Pengguna e-Dagang 2018 (ECS 2018) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Berdasarkan kajian, sebanyak 53.9 peratus wanita lebih gemar membeli belah dan menjual dalam talian berbanding lelaki iaitu 48.8 peratus. Walaupun peratusan lelaki lebih rendah, namun purata perbelanjaan mereka lebih tinggi iaitu sebanyak RM690, berbanding RM450 bagi wanita. Secara keseluruhannya, Putrajaya merekodkan kadar pengguna e-dagang tertinggi iaitu sebanyak 70.5 peratus diikuti Labuan dan Perlis masing-masing sebanyak 60.5 peratus dan 44.5 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini