Seorang wanita ditemukan maut dalam sebuah kereta yang tersangkut di sebatang sungai hanya beberapa meter dari Niagara Falls di sempadan Amerika Syarikat, AS-Kanada semalam.

Penemuan kereta berwarna hitam yang hampir tenggelam dengan mayat di dalamnya itu mencetuskan usaha menyelamat dramatik membabitkan helikopter pengawal pantai AS.

Polis di bandar Niagara Falls dimaklumkan kejadian di Sungai Niagara yang dikenali dengan air terjun terkenal di dunia itu pada sekitar tengah hari.

Polis Taman Negara New York berkata, paras air sungai kemudiannya diturunkan oleh Power Authority dengan dron dan helikopter Niagara County Sheriff digunakan untuk memeriksa kenderaan berkenaan

Mayat wanita itu kemudiannya dikeluarkan anggota Pengawal Pantai, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis kini menjalankan siasatan untuk menentukan punca kemalangan itu berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini