Malang nasib seorang wanita yang cuba membantu mangsa kemalangan apabila dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Tun Dr. Awang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu menyebabkan mangsa, Suhaila Zainal Abidin, 45 tahun, dan penunggang motorsikal, Faizal Abu Bakar, 34 tahun, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Pegawai Bomba Kanan II, Helmi  Rizal Morad dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, pemeriksaan mendapati, kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa.

 Mayat mangsa kemalangan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini