Seorang wanita maut, manakala rakannya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan, enam kenderaan, semalam. Insiden berlaku di hadapan sebuah stesen minyak di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah. Mangsa, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Penyelamat dan Kebombaan, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, Zareha Hamid, 52, dipercayai maut di tempat kejadian. Zareha dan rakannya iaitu wanita berusia 50-an yang juga pemandu dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan PERODUA Kancil. Beberapa lagi mangsa dari semua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini