Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh suami sendiri. Tertuduh didakwa menjadikan besi payung sebagai senjata melakukan perbuatan terbabit. Pendakwaaan ke atas Umadevi Rajah dibuat di Mahkamah Selayang.

Dia didakwa menikam suaminya, Murgan Apadure di sebuah rumah di Batu Caves 19 Oktober lalu. Tertuduh memohon agar kes dibicarakan. Majistret Nur Hafizah Rajuni menetapkan 25 November sebagai tarikh sebutan kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini