Seorang wanita di Aceh, Indonesia disebat 100 kali kerana berzina, manakala pasangannya menerima 15 sebatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap wanita itu selepas dia mengaku melakukan hubungan seks berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Am, Pejabat Pendakwaan Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi menjelaskan, hakim sukar untuk mensabitkan kesalahan terhadap lelaki itu yang juga sudah berkahwin.

Ini kerana, tertuduh yang merupakan seorang ketua agensi perikanan di Aceh Timur, menafikan semua pertuduhan ke atasnya.

Bagaimanapaun, hakim mendapati lelaki itu bersalah kerana berkasih sayang dengan pasangan wanita yang bukan isterinya.

Pasangan itu ditangkap oleh penduduk tempatan di ladang sawit pada tahun 2018.

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengenakan undang-undang Islam sepenuhnya, membenarkan hukuman sebat untuk tuduhan perjudian, zina, minum arak dan seks sejenis .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini