Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi penyelamat dalam kejadian kebakaran pada pukul 4 pagi tadi melibatkan empat buah rumah kedai dan sebuah rumah di Kampung Batu Satu, Temerloh, Pahang.

Dalam kejadian tersebut, Norwati Mohamad, 49 tahun, yang mengalami masalah tidur pada waktu malam, terlihat api marak di sebuah kedai menyebabkan dia bertindak mengetuk pintu rumah jirannya.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Zalehar Mohamad, 57 tahun, berkata, kejadian yang berlaku sepantas kilat menyebabkan dia yang menetap di kediaman terbabit bersama adik dan juga anak saudaranya, kini tinggal sehelai sepinggang.

Meskipun kehilangan rumah dan kedai yang diwarisi sejak lebih 100 tahun dahulu, namun dia bersyukur semua ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.
 
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Insenior Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, empat unit rumah kedai dan sebuah rumah yang dibina daripada kayu, musnah hampir 100 peratus dalam kejadian berkenaan.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini