Seorang wanita ditahan selepas disyaki memandu melawan arus di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) menghala ke Pandan Indah, Selasa lalu.Wanita berusia 27 tahun dari Cameron Highlands itu ditahan pada jam 8.45 malam di Balai Polis Trafik Ampang Jaya.Hasil siasatan awal, wanita terbabit mengaku memandu secara melawan arus kerana tersilap masuk laluan bertentangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.Sebelum ini tular di media sosial, video yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih dipandu secara melawan arus.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini