Isu perkahwinan, komunikasi, penceraian dan anak-anak; antara 533 aduan kekeluargaan yang diterima Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Aduan yang diterima menerusi talian bebas Helpline Family Care@LPPKN tersebut menyaksikan 71 peratus aduan datangnya daripadanya golongan wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata perkhidmatan kaunseling secara dalam talian membantu individu yang berhadapan dengan masalah berkenaan.

18 kaunselor keluarga bertauliah dan berkredibiliti dalam bidang psikologi membantu pengadu.

Talian yang memulakan operasinya pada 27 September lalu, meletakkan sasaran untuk menerima lebih 1,000 panggilan menjelang akhir bulan depan.

Individu yang berhadapan dengan sebarang isu rumah tangga, boleh berhubung dengan kaunselor profesional LPPKN menerusi talian tertera.

Datuk Seri Rina menyatakannya ketika melancarkan talian bebas Helpline Family Care@LPPKN di Kuala Lumpur.

Talian bebas Helpline Family Care@LPPKN: 1-800-82-0300

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini