Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Zuneeka Rashid berkongsi momen sewaktu proses pengebumian bapanya yang meninggal dunia pada pertengahan tahun lalu iaitu 1.7.2020.

Jenazah bapanya dikebumikan satu liang dengan abangnya yang meninggal dunia pada tahun 1996.

Namun, ketika kubur abangnya digali semula kejadian mengejutkan telah berlaku kerana kain kapan jenazah abangnya masih utuh dan langsung tidak reput.

Kain tersebut juga kelihatan elok dan tulang-tulang jenazah masih lengkap serta tiada yang telah hilang.

Perkara berkenaan sememangnya satu keajaiban kerana hanya insan terpilih sahaja diberi keistimewaan seperti itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini