Ayuh kita mulakan segmen OnViral !

Wanita bila diajak keluar berjalan, sinonimnya akan memerlukan masa untuk bersiap & berhias.

Meski hanya ke kedai runcit dibelakang rumah.

Namun, tular baru-baru ini di platform TikTok, sebuah video yang dikongsikan oleh @yussyah memaparkan situasi sebaliknya.

Dia yang dilihat hanya mengenakan tuala mandi bercorakkan kartun Lilo & Stitch sebagai tudung ketika mengikuti suami keluar ke pasar raya.

Rupa-rupanya wanita tersebut menjelaskan dia berbuat demikian kerana rambutnya masih basah, tetapi tetap nak ikut juga suami keluar membeli-belah.

Video wanita ini menerima ratusan ribu tontonan selain menerima pelbagai komen menghiburkan daripada netizen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini