Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan membantu dalam pembunuhan ibunya di sebuah hotel mewah Bali, Indonesia pada 2014 dibebaskan dari penjara selepas tujuh tahun dijel.

Heather Mack dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2015 ketika berusia 19 tahun, manakala kekasihnya, Tommy Schaefer pula dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh Sheila von Wiese Mack.

Schaefer didakwa memukul mangsa berusia 62 tahun sehingga mati dalam satu pertengkaran di sebuah hotel.

Pasangan itu kemudiannya meninggalkan beg baju berisi mayat mangsa dalam sebuah teksi dan melarikan diri tetapi berjaya ditangkap polis.

Mack yang sedang mengandung ketika kejadian, disabitkan kesalahan bersubahat dalam pembunuhan berkenaan.

Ketua Bahagian Wanita Penjara Kerobokan di Bali, Lili memaklumkan bahawa Mack yang kini berusia 25 tahun, dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik. Wanita itu seterusnya diserahkan kepada imigresen untuk proses  penghantaran pulang ke Amerika Syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini