Seorang pengurus jualan mengalami tekanan kerana diganggu 30 lelaki selepas nombor telefon miliknya disalahgunakan pihak tertentu.Mangsa, mendakwa menerima gangguan seksual daripada individu tidak dikenali sejak Januari lalu. Tiffany berkata, selain nombor telefon, gambar dan video miliknya turut disalahgunakan dalam satu aplikasi temujanji dikenali aplikasi Skout Akibat gangguan itu dia dan suami membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur. Susulan daripada laporan itu, polis menahan seorang lelaki warga Filipina.Polis turut mengingatan orang ramai terutama wanita supaya berhati-hati dalam memuat naik gambar dan video di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini